haze - desktop haze - mobile
Penjagaan Pencegahan
Kekal Sihat

Cara melindungi diri anda daripada jerebu

06 Oktober 2023 · 3 mins read

Topics









Anda dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga semasa musim jerebu bagi mengurangkan kesan kesihatan yang mungkin berlaku. Ketahui caranya.

Apa itu jerebu?

Jerebu adalah keadaan kualiti udara yang terjejas, di mana atmosfera dicemari oleh zarah-zarah bawaan udara seperti sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, karbon monoksida dan Bahan Zarah 10, atau yang biasa dikenali sebagai PM10 (zarah 10 mikron atau lebih kecil).

Ciri-ciri jerebu adalah atmosfera yang kelihatan tidak berwarna dan keadaan pemandangan yang kabur. Ia terbentuk berlaku apabila cahaya matahari berinteraksi dengan zarah-zarah pencemar yang halus di dalam udara. Sebahagian daripada cahaya akan diserap dan disebarkan oleh zarah-zarah ini sebelum ia sampai kepada kita, lantas mengurangkan kejelasan dan mengubah warna, serta merosotkan kualiti udara.

Kualiti udara ditentukan oleh Indeks Pencemaran Udara, yang diukur oleh Bahagian Alam Sekitar bagi Jabatan Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Indeks Pencemaran Udara

Indeks Pencemaran Udara atau API adalah indeks yang disediakan berdasarkan 5 pencemar udara yang tersebut di atas dalam artikel ini.

Indeks ini digunakan untuk mengukur status kualiti udara dan kesan buruk kepada kesihatan yang mungkin berpunca daripada jerebu. Semakin tinggi paras API meningkat, semakin kuat kesannya kepada kesihatan.

Nilai Indeks Pencemaran Udara (API)

Status Kualiti Udara

0-50

Baik

51-100

Sederhana

101-200

Tidak sihat – orang yang mudah diserang penyakit mungkin terjejas

201-300

Amat tidak sihat – orang ramai terjejas

Lebih daripada 300

Berbahaya / Memudaratkan – orang ramai terjejas

Ikuti kemas kini API yang terkini pada laman web APIMS.

Apakah kesan kesihatan akibat jerebu?

Pendedahan kepada jerebu boleh menyebabkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan. Apabila individu terdedah kepada jerebu, zarah-zarah halus ini boleh meresap jauh ke dalam paru-paru dan mengganggu kesihatan.

Zarah-zarah ini boleh juga memasuki aliran darah dan diserap oleh tisu-tisu di dalam, dan mungkin berinteraksi dengan sebatian lain di dalam badan untuk mencetuskan kesan-kesan buruk, termasuk keradangan.

Siapa yang berisiko mendapat kesan kesihatan?

Individu yang lebih cenderung untuk mengalami kesan kesihatan akibat jerebu adalah:

  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Mereka yang mempunyai penyakit perubatan kronik, khususnya masalah pernafasan seperti asma, bronkitis, dan penyakit paru-paru tersumbat kronik (COPD).
  • Mereka yang mempunyai penyakit jantung seperti penyakit arteri koronari.
  • Perokok

Keadaan individu ini mungkin bertambah teruk meskipun dengan pendedahan yang dianggap ringan oleh individu normal dan sihat.

Apakah kesan buruk jangka pendek akibat pendedahan kepada jerebu?

Berikut adalah kesan buruk jangka pendek akibat pendedahan kepada jerebu:

  • Susah bernafas, sesak dada, sakit dada, sesak nafas.
  • Tekak merengsa, tekak kering, sakit tekak dan/atau batuk, kahak.
  • Mata merengsa, air mata keluar secara berlebihan, dan/atau konjunktivitis (jangkitan mata).
  • Hidung berair, hidung tersumbat, bersin, dan/atau lelehan hidung.
  • Sakit kepala, pening, letih dan/atau tertekan.
  • Jangkitan saluran pernafasan atas, iaitu bronkitis (radang paru-paru).
  • Kulit merengsa.

Biasanya, simptom-simptom ini adalah ringan dan akan hilang apabila pendedahan kepada jerebu berkurangan.

Apakah kesan buruk jangka panjang akibat pendedahan kepada jerebu?

Berikut adalah kesan kesihatan jangka panjang akibat pendedahan kepada jerebu:

  • Kebanyakan zarah dalam jerebu berukuran kurang daripada 2.5 mikron dalam diameter. Oleh itu, zarah-zarah halus ini akan kekal lebih lama di dalam udara dan mudah tersebar dengan jauh, lantas meningkatkan kemungkinan ia disedut oleh haiwan dan manusia.
  • Boleh meningkatkan risiko kematian daripada penyakit kardiovaskular dan menurunkan jangka hayat.
  • Boleh menyumbang kepada pembentukan diabetes.
  • Boleh menyumbang kepada keguguran spontan, berat bayi lahir rendah, keabnormalan kongenital, dan kematian bayi.

Bagaimana cara melindungi diri anda daripada jerebu?

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah atau mengurangkan kesan jerebu kepada kesihatan anda:

  • Mengurangkan atau membataskan masa berada di luar bagi mengelakkan pendedahan kepada jerebu.
  • Meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk mengekalkan paras dehidrasi badan anda supaya suhu badan dapat dikawal.
  • Sentiasa mencuci tangan dan muka selepas melakukan aktiviti di luar.
  • Kerap mandi untuk menyejukkan badan.
  • Mengelakkan memakai pakaian tebal, ketat dan berwarna gelap.
  • Memakai pelitup semasa berada di luar.
  • Mengelakkan merokok kerana merokok menambah pencemar udara di dalam rumah.
  • Menggunakan pembersih udara di dalam rumah jika boleh.
  • Menjaga kebersihan kawasan dan persekitaran di dalam rumah.
  • Menggunakan mod edar semula udara apabila memasang pendingin udara semasa memandu.

Aturkan janji temu di Hospital Pantai

Anda dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga semasa musim jerebu bagi mengurangkan kesan kesihatan yang mungkin berlaku. Segera dapatkan bantuan perubatan jika anda atau mereka yang tersayang rasa tidak sihat.

Jika anda menghadapi situasi yang memerlukan bantuan perubatan semasa musim jerebu, sila dapatkan rawatan perubatan segera di jabatan Kemalangan dan Kecemasan (A&E) di Hospital Pantai yang terdekat dengan anda.

Hospital Pantai telah diakreditasi oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) atas komitmennya terhadap keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan.

Artikel Dicadangkan

Click to know more!