Topics
American Academy of Paediatrics (AAP) mengesyorkan penyusuan bayi baru lahir secara eksklusif dalam tempoh enam bulan pertama. Selepas enam bulan, AAP mencadangkan untuk meneruskan penyusuan susu ibu serta disokong oleh makanan pelengkap sehingga 2 tahun.
Ibu-ibu digalakkan menyusukan anak mereka sehingga sekurang-kurangnya 1 tahun. Semakin lama bayi menyusu, semakin terlindunglah mereka daripada penyakit jangka panjang. Di samping itu, ibu menyusu turut mengecapi manfaat menyusu terhadap kesihatannya jika tempoh masa penyusuan (jumlah bulan atau tahun menyusui semua anaknya) semakin lama.
Apakah manfaat susu ibu untuk bayi?
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang disusui dengan susu ibu mempunyai kadar kemasukan ke hospital yang lebih rendah dan adalah lebih sihat secara keseluruhannya. Risiko mendapat penyakit tertentu turut berkurang dan sistem imun bayi adalah lebih kuat. Bayi yang menyusu mempunyai risiko yang lebih rendah terhadap:
- Cirit-birit, muntah, dan enterocolitis nekrosis pramatang (NEC).
- Jangkitan pernafasan seperti pneumonia, respiratory syncytial virus (RSV), dan batuk kokol.
- Jangkitan telinga.
- Meningitis bakteria.
- Penyakit lelah.
- Sindrom kematian bayi mengejut (SIDS) dan kematian bayi.
- Obesiti kanak-kanak.
- Ekzema.
- Diabetes jenis 2 pada masa hadapan.
- Leukemia (zaman kanak-kanak).
- Kaviti dan masalah ortodontik pada bayi di bawah umur satu tahun.
- Penyakit celiac dan radang usus (IBD).
Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia menawarkan gabungan unik dan khusus termasuk vitamin, mineral dan antioksidan. Berikut adalah manfaat susu ibu kepada kesihatan bayi anda:
- Mudah dihadam oleh perut dan usus mereka yang belum matang.
- Mengandungi antibodi yang memberikan perlindungan terhadap jangkitan dan meningkatkan imuniti.
- Membekalkan jumlah lemak, gula, air, protein dan vitamin yang penting untuk perkembangan bayi anda.
- Menggalakkan penambahan berat badan yang sihat.
- Perubahan dalam komposisi untuk memenuhi keperluan nutrisi bayi anda seiring dengan masa.
- Mengandungi unsur semulajadi yang menenangkan bayi anda.
Jika anda mengepam susu anda secara ekslusif, bayi anda masih dapat menerima manfaat susu ibu.
Apakah manfaat menyusu untuk ibu?
Menyusu turut menawarkan beberapa manfaat untuk para ibu. Menyusu boleh mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin pada beberapa bulan awal jika anda mempunyai sokongan yang anda perlukan. Ia memberi manfaat kepada anda pada masa hadapan kerana ia mengurangkan risiko:
Apakah cabaran umum semasa menyusu?
Berikut adalah cabaran semasa menyusu yang anda mungkin alami:
- Puting susu sakit atau retak
- Susu ibu tidak mencukupi
- Payudara bengkak
- Bayi tidak melekap dengan betul
- Susu ibu terlalu banyak
- Seriawan
- Saluran susu tersumbat
- Mastitis
- Abses payudara
Kenal pasti cabaran umum penyusuan dan penyelesaian yang disyorkan.
Bagaimanakah cara untuk menyediakan diri untuk menyusu selepas bersalin?
Menyusu adalah satu kemahiran yang anda perlu pelajari dan berlatih sebelum boleh menguasainya. Jika anda merancang untuk menyusu, buatlah beberapa persediaan.
- Dapatkan maklumat: Dapatkan nasihat doktor atau membaca buku tentang menyusu.
- Dapatkan bantuan: Semak sama ada terdapat perunding laktasi yang boleh membantu anda mempelajari cara menyusu di hospital yang anda akan bersalin.
- Sediakan diri anda secara mental: Pelajari teknik menenangkan diri seperti pernafasan mendalam. Sediakan diri anda untuk menghadapi cabaran menyusu yang bakal tiba. Bersabarlah semasa mempelajari cara membolehkan bayi anda melekap pada payudara untuk menyusu apabila mereka lapar.
- Libatkan keluarga anda dalam membuat keputusan: Berbual dengan pasangan anda tentang menyusu dan cari langkah untuk melibatkannya dalam proses penyusuan.
- Rancangkan butiran: Dapatkan nasihat doktor atau para ibu menyusu tentang bagaimana mereka merancang jadual pengepaman selepas balik bekerja dan bagaimana mereka menguruskan isu seperti sakit puting susu.
Apakah langkah-langkah menyusu?
Menyusu adalah kemahiran yang anda dan bayi anda pelajari bersama. Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri. Anda boleh cuba beberapa kaedah yang berbeza untuk mengenal pasti apa yang berkesan untuk anda dan bayi anda.
Berikut adalah beberapa langkah menyusu:
- Pastikan selesa sebelum menyusu. Guna bantal atau kusyen jika perlu. Pastikan bahu dan lengan anda kekal relaks.
- Pastikan kepala dan badan bayi anda berada dalam garisan lurus kerana adalah sukar untuk menelan susu jika kepala dan lehernya terpusing.
- Pegang bayi anda rapat dan menghadap payudara anda. Beri sokongan pada leher, bahu dan belakang untuk membolehkan mereka mencondongkan kepala ke arah belakang dan menelan dengan mudah.
- Sentiasa bawa bayi ke payudara anda dan biarkan mereka melekap dengan sendiri. Elakkan daripada menghadapkan payudara ke dalam mulut bayi kerana ini boleh menyebabkan pelekapan yang lemah.
- Pastikan mulut bayi lebar semasa melekap pada payudara. Pastikan paras hidung bayi seiring dengan puting susu untuk menggalakkan mereka membuka mulut dengan lebar dan melekap dengan baik.
- Elakkan memegang bahagian belakang kepala bayi supaya mereka boleh mencondongkan kepala ke belakang. Ini membolehkan puting anda melepasi bumbung pejal mulut mereka dan berakhir di bahagian lelangit lembut.
Apakah jenis posisi menyusu?
Terdapat beberapa posisi menyusu yang anda boleh cuba. Berikut adalah empat posisi menyusu yang popular yang anda boleh cuba. Sebelum mula menyusu, anda digalakkan untuk menyediakan sebotol air berdekatan dengan anda.
1. Cradle hold
Ini adalah posisi menyusu yang paling popular di kalangan ibu menyusu. Pastikan anda duduk di kerusi berlengan yang selesa atau di atas katil dengan kusyen dan bantal mengelilingi anda:
- Baringkan bayi di atas pangkuan anda dan pastikan dia menghadap anda.
- Letakkan kepala bayi anda pada lengan bawah anda dan pastikan hidungnya menghadap puting anda. Sokong badannya dengan tangan anda dan pastikan perutnya menghadap anda.
- Letakkan lengan bawah bayi anda di bawah lengan anda.
- Pastikan telinga, bahu dan pinggul bayi berada dalam garis lurus.
2. Cross-cradle
Posisi cross-cradle sesuai untuk penyusuan awal:
- Duduk tegak di kerusi yang selesa dengan tempat letak tangan.
- Letakkan bayi anda di hadapan badan anda, perut dengan perut. Gunakan lengan yang bertentangan dengan payudara yang anda menyusui—lengan kiri untuk payudara kanan dan lengan kanan untuk payudara kiri.
- Sokong bahagian belakang kepala bayi dengan tangan terbuka. Sokong payudara anda dari bahagian bawah dengan sebelah tangan lagi dengan pegangan berbentuk U.
- Bimbing mulut bayi ke payudara anda tanpa membongkok atau mencondong ke hadapan. Sebaliknya, buai bayi anda rapat dengan payudara anda.
3. Football hold
Football hold mungkin pilihan yang sesuai terutamanya jika anda sedang pulih daripada pembedahan Caesarean atau mempunyai payudara yang besar:
- Pegang bayi anda di sebelah anda, sambil membengkokkan siku anda. Sokong kepala bayi anda dengan tangan anda yang terbuka dan hadapkan ke arah payudara anda.
- Pastikan bahagian belakang bayi anda berada pada lengan anda. Anda boleh menggunakan sebelah tangan lagi untuk menyokong payudara anda dengan pegangan berbentuk C.
- Untuk keselesaan tambahan, letakkan bantal di riba anda dan pilih kerusi dengan lengan yang lebar dan rendah.
4. Laid-baik nursing
Laid-baik nursing atau penyusuan biologi membolehkan anda berbaring dalam keadaan separuh baring yang selesa di atas sofa atau katil yang selesa. Jika anda telah menjalani pembedahan Caesarean, bayi anda boleh berbaring di hadapan anda dan jauh dari luka pembedahan anda.
- Bersandar tetapi jangan baring di atas sofa atau katil.
- Gunakan kusyen atau bantal untuk menopang diri anda dan berikan sokongan pada belakang, bahu dan leher anda.
- Letakkan bayi anda di hadapan anda apabila anda berasa selesa. Perut mereka sepatutnya terletak pada perut anda - baringkan mereka di sebelah jika anda berasa tidak selesa.
- Pastikan anda cukup tegak untuk mengekalkan hubungan mata dengan bayi anda.
- Bimbing bayi anda dengan lembut ke puting anda sambil memberikan sokongan kepada bayi anda.
Apakah tanda-tanda lekapan yang tidak betul?
Melekap adalah proses di mana bayi anda melekap pada payudara anda untuk menyusu. Ramai orang berpendapat anda boleh mempelajarinya secara semula jadi apabila anda menjadi seorang ibu, tetapi sebenarnya, ia adalah kemahiran yang anda dan bayi anda perlu pelajari bersama.
Adalah penting untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, kerana pelekapan yang betul boleh mengelakkan sakit dan retak pada puting.
Jika anda mengalami sakit puting, lekapan yang tidak betul semasa atau selepas biasanya menjadi punca di sebaliknya. Perkara ini biasanya menunjukkan bahawa bayi anda hanya melekap pada puting anda. Doktor menggambarkan ini sebagai lekap cetek.
Apabila lekapan cetek terjadi, mulut bayi anda akan menekan puting anda lalu menyebabkan rasa sakit. Sebaik-baiknya, mulut mereka harus menutup sebahagian besar areola, bukan hanya puting. Ini bermakna lebih banyak areola di bahagian bawah dimasukkan ke dalam mulut bayi daripada bahagian atas, dengan puting menyasar ke bumbung mulut bayi. Pastikan mulut bayi anda terbuka cukup lebar untuk membantu mencapai lekapan yang betul.
Anda harus ambil tahu bahawa sakit puting boleh disebabkan oleh banyak sebab selain daripada lekapan yang lemah. Ini termasuk:
- Kekejangan vasokular (pengecutan saluran darah di sekeliling puting sebagai tindak balas kepada suhu sejuk).
- Bengkak puting.
- Dermatitis.
- Trauma daripada penggunaan pam susu secara tidak betul.
Atur janji temu di Hospital Pantai
Jika anda menghadapi cabaran atau memerlukan bantuan berkenaan teknik penyusuan yang betul, buat temu janji dengan pasukan Perunding Pediatrik dan Perunding Laktasi di Hospital Pantai yang berhampiran dengan anda hari ini. Mengetahui teknik penyusuan yang betul memberi manfaat kepada anda dan bayi anda dalam jangka masa panjang.
Hospital Pantai telah diakreditasi oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) atas komitmennya terhadap keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan.