Topics
Apakah jangkitan bakteria dan virus?
Bakteria dan virus boleh menyebabkan jangkitan ringan hingga teruk. Adalah penting untuk membezakan jangkitan bakteria dan virus kerana kedua-dua jenis jangkitan memerlukan rawatan yang berbeza.
Terdapat beberapa persamaan antara virus dan bakteria, termasuk:
- Bersaiz terlalu kecil untuk dilihat oleh mata kasar manusia.
- Sering merebak atau berjangkit dengan cara yang sama seperti melalui batuk, bersin dan sentuhan fizikal dengan individu yang dijangkiti.
Contoh penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman:
- Tuberkulosis
- Jangkitan saluran kencing
Contoh penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus:
- Influenza
- COVID-19
- Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV)
- Rotavirus
- Hepatitis A, B
- Cacar air
Penyakit tertentu seperti radang paru-paru dan meningitis boleh disebabkan oleh bakteria atau virus.
Simptom jangkitan virus dan bakteria adalah serupa seperti demam, selesema, batuk, cirit-birit, muntah, sakit badan, sakit tekak dan lesu.
Sila ambil perhatian bahawa jangkitan hanya boleh dibezakan dengan menjalankan ujian darah atau air kencing untuk mengesahkan diagnosis. Kadangkala, ujian kultur dijalankan untuk mengenal pasti jenis bakteria atau virus yang menyebabkan jangkitan.
Apakah rawatan yang tersedia untuk jangkitan bakteria dan virus?
Rawatan untuk jangkitan bakteria
Jangkitan bakteria biasanya dirawat dengan antibiotik kerana ia sama ada memusnahkan bakteria atau menghalang pertumbuhan bakteria.
Namun, kerana rintangan antibiotik semakin meningkat, antibiotik hanya boleh digunakan untuk merawat jangkitan bakteria yang teruk.
Rawatan untuk jangkitan virus
Tiada rawatan khusus untuk jangkitan virus. Biasanya, jangkitan virus diuruskan dengan merawat gejalanya. Ini selalunya memerlukan penggunaan ubat sakit tanpa preskripsi untuk melegakan gejala seperti sakit, demam dan lesu.
Antiviral adalah ubat yang digunakan untuk memerangi jangkitan virus. Antiviral hanya digunakan untuk jangkitan virus tertentu seperti hepatitis, influenza dan herpes.
Vaksin memberikan perlindungan terhadap virus tertentu dengan mengolah sistem imun untuk mengenali dan menyerang virus tertentu.
Amaran!
Ingat: Antibiotik tidak berkesan dalam merawat jangkitan virus. Rintangan antibiotik diburukkan lagi dengan penggunaan antibiotik yang tidak betul untuk merawat jangkitan virus.
Buat janji temu di Hospital Pantai
Dalam sesetengah keadaan, agak mencabar untuk membezakan kedua-dua jenis jangkitan disebabkan gejala yang sama seperti selesema biasa.
Selsema biasa mungkin tidak mengancam nyawa kebanyakan orang. Namun, jika anda mengalami simptom lain di luar kebiasaan, sebaiknya buat janji temu dan dapatkan nasihat doktor anda untuk rawatan perubatan yang segera.
Rujukan
- Ansorge, R., Bacteria and Viral Infections, WebMD, 17 April 2021. Boleh didapati di https://www.webmd.com/a-to-z-guides/bacterial-and-viral-infections [https://www.merriam-webster.com/words-at-play/virus-vs-bacteria-differenceDiakses pada 15 Ogos 2022]
- CDC, Antibiotics Aren’t Always the Answer, CDC, 8 Nov 2021. Boleh didapati di https://www.cdc.gov/patientsafety/features/be-antibiotics-aware-infographic.html [Accessed 15 Aug 2022]
- ESWI, Difference between Vaccines, Antivirals and Antibiotics, ESWI. Boleh didapati di https://eswi.org/knowledge-center/difference-between-vaccines-antivirals-and-antibiotics/ [Accessed 15 Aug 2022]