Topics
Penyakit jantung koronari terjadi apabila salur darah utama anda yang membekalkan kepada jantung sukar untuk menghantar darah, oksigen dan nutrien yang secukupnya ke otot jantung. Keadaan ini disebabkan oleh keradangan arteri.
Proses keradangan itu membawa kepada penumpuan bahan seperti lemak, mendapan kolesterol dan sel darah. Mendapan ini membentuk plak, iaitu bahan melekit yang berkumpul di dalam arteri. Proses ini dipanggil sebagai aterosklerosis.
Aterosklerosis akan terus menyebabkan semakin banyak plak. Ini membawa kepada penyempitan arteri, lalu menyebabkan aliran darah tersumbat.
Permulaan aterosklerosis boleh disebabkan oleh penyakit kronik yang lain seperti diabetes atau tekanan darah tinggi.
Bagaimana menopaus boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dalam kalangan wanita?
Dalam kalangan wanita, ketiadaan hormon seks, contohnya, estrogen dan progesteron diikuti menopaus menyebabkan ketiadaan perlindungan terhadap pembentukan aterosklerosis.
Oleh itu, wanita cenderung berdepan risiko penyakit jantung koronari, serangan jantung dan strok selepas menopaus, yang biasanya berlaku kepada wanita berusia antara 45 hingga 55 tahun.
Apa saya boleh lakukan untuk mengurangkan risiko mempunyai penyakit jantung?
Penyakit jantung adalah punca kematian yang utama di Malaysia. Oleh itu, penting bagi lelaki dan wanita untuk mula menerapkan gaya hidup sihat untuk memastikan jantung kita sihat.
Berikut adalah beberapa perubahan gaya hidup yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan mengawal gejala dengan lebih baik.
- Kekalkan berat badan yang sihat
- Makan diet yang sihat dan seimbang:
- Lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berserat tinggi
- Kurangkan makanan yang diproses dan karbohidrat yang ringkas
- Makanan yang rendah lemak trans, lemak tepu dan kolesterol
- Kurangkan pengambilan garam dan gula
- Bersenam atau lakukan aktiviti fizikal secara tetap (sekurang-kurangnya 150 minit senaman yang sederhana seminggu)
- Elak atau berhenti merokok
- Hadkan pengambilan alkohol
- Dapatkan tidur yang secukupnya
- Kawal masalah perubatan anda yang sedia ada, contohnya, diabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi
- Kurangkan dan kawal tekanan
Bagaimana cara untuk mengira risiko kardiovaskular saya?
Kalkulator 'Skor Risiko Framingham'
Skor Risiko Framingham membantu memberikan anggaran risiko 10 tahun untuk petanda klinikal penyakit kardiovaskular seperti Penyakit Arteri Koronari, Strok, Penyakit Vaskular Periferi, Kegagalan Jantung Kongestif dan sebagainya.
Kalkulator 'Skor Risiko Framingham' boleh mengira risiko kardiovaskular anda dalam masa 10 tahun akan datang selepas anda masukkan umur, jantina, tahap kolesterol, bacaan tekanan darah, diabetes dan status rokok anda dalam kalkulator tersebut. Cuba kalkulator risiko 'Skor Risiko Framingham' di sini.
Skor Kalsium Koronari
Dalam kes-kes tertentu, doktor juga mungkin menggunakan teknik bukan tradisional untuk mentafsir risiko kardiovaskular individu.
Imbasan jantung 'Skor Kalsium Koronari' dilakukan dengan menggunakan pengimbas 'CT 640 Slice' yang mampu menghasilkan imej yang lebih jelas dan memberikan radiasi yang rendah dan tepat. Imbasan ini berguna untuk doktor mengesan kalsifikasi antara arteri koronari dari imej imbasan CT tersebut.
Buat janji temu di Hospital Pantai
Kami menyediakan konsultasi dengan kardiolog pakar yang berdedikasi dan andal di Pantai Hospitals, guna memberikan perawatan dan bantuan terbaik kepada pasien melalui pemeriksaan kesehatan jantung, diagnosis, dan perawatan. Hubungi kami untuk membuat janji temu dengan kardiolog sekarang.
Pantai Hospital Malaysia telah terakreditasi oleh Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) atas komitmennya terhadap keselamatan pasien dan kualitas pelayanan.