20226691736151019 20226691736151019
Penjagaan Pencegahan
Kesihatan Wanita

Adakah kanser ovari pembunuh senyap?

19 Oktober 2022 · 5 mins read

Topics





Kanser ovari – pada peringkat awal – menghasilkan beberapa atau simptom tidak khusus. Ketahui lebih lanjut tentang faktor risiko dan cara mengurangkan risiko untuk mendapat kanser ovari.

Kanser ovari adalah pertumbuhan sel abnormal di dalam ovari, yang membentuk sebahagian daripada sistem pembiakan wanita.

Ini merupakan satu daripada kanser yang paling biasa dalam kalangan wanita di Malaysia dan biasa dilihat dalam wanita berumur 40 tahun dan ke atas.

Apakah faktor risiko kanser ovari?

Berikut adalah faktor risiko bagi kanser ovari:

  1. Umur: Kanser ovari adalah perkara biasa bagi wanita yang berumur 40 tahun ke atas
  2. Sejarah keluarga kanser ovari: Risiko lebih tinggi jika wanita itu mempunyai ibu atau adik beradik yang didiagnosis dengan kanser ovari
  3. Mutasi gen seperti BRCA1, BRCA2 atau yang berkaitan dengan sindrom Lynch
  4. Endometriosis
  5. Penggunaan terapi penggantian hormon (HRT)
  6. Menarke awal atau lewat putus haid
  7. Tabiat gaya hidup: Merokok
  8. Obesiti

Apakah 7 gejala kanser ovari yang perlu anda perhatikan?

Kanser ovari – pada peringkat awalnya – menghasilkan sedikit atau tidak spesifik simptom dan mungkin dikaitkan dengan keadaan lain yang lebih biasa.

Simptom kabur selalunya menyebabkan perkembangan penyakit tidak dapat dikesan sehingga mencapai peringkat akhir.

Bagi membantu pengesanan awal, simptom kabur juga perlu dinilai dengan teliti. Simptom-simptom kanser ovari termasuk:

  1. Kembung pada abdomen atau penuh
  2. Sakit pinggang atau abdomen bawah
  3. Pendarahan faraj (selepas putus haid)
  4. Lelehan faraj yang tidak normal
  5. Membuang air kecil dengan kerap atau segera
  6. Perubahan dalam tabiat membuang air besat (sembelit atau cirit-birit)
  7. Hilang selera makan

Rujuk doktor anda jika anda mempunyai mana-mana simptom yang dinyatakan.

Bagaimana untuk mengurangkan risiko kanser ovari?

Tiada cara yang pasti untuk mencegah kanser ovari. Namun, perkara berikut mungkin dapat mengurangkan risiko mendapat kanser ovari.

  1. Penggunaan gabungan pil pencegah kehamilan
  2. Mempunyai anak
  3. Menyusukan anak
  4. Pengikatan tiub atau histerektomi

Buat janji temu di Hospital Pantai

Pengesanan awal kanser ovari menjadikan perawatan penyakit lebih berkesan dengan rawatan yang sesuai. Pasukan profesional penjagaan kesihatan yang penyayang dan pelbagai disiplin tersedia untuk berunding dan memberikan penjagaan yang terbaik.

Hubungi kami untuk membuat janji temu dengan pakar Onkologi di Hospital Pantai hari ini.

Hospital Pantai Malaysia diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) atas komitmennya terhadap keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan.

Artikel Dicadangkan

Click to know more!