Topics
Kadangkala, kita mungkin keliru dengan gejala sakit perut berbanding keadaan berkaitan jantung. Namun, terdapat beberapa cara untuk membezakan kedua-dua keadaan.
Sememangnya perkara biasa untuk membuang angin antara 10 hingga 20 kali dalam sehari. Malah boleh difahami jika anda bimbang mengalami sakit dada selepas menikmati makanan yang berat. Akan tetapi, terdapat sedikit perbezaan antara rasa serangan jantung, pedih ulu hati dan masalah gastrik.
Beza Tanda Gastrik atau Sakit Jantung
Jika kesakitan yang anda alami berkurangan selepas anda sendawa atau mengeluarkan membuang angin, maka anda mungkin mengalami sakit gastrik di dalam perut atau pedih ulu hati.
Walau bagaimanapun, jika sakit berterusan dan disertai sesak nafas atau loya, masalah ini boleh menjadi keadaan yang berkaitan dengan jantung.
Lazimnya, gas menyebabkan kembung, sendawa, perut bersimpul dan rasa mencucuk yang tiba-tiba datang dan pergi. Sebaliknya, gejala serangan jantung termasuk peluh sejuk, berdebar-debar, pening, loya atau muntah, sakit di bahagian atas badan, lengan dan sesak nafas.
Gejala serangan jantung biasanya bertambah teruk semasa aktiviti fizikal. Sebaliknya, gejala pedih ulu hati atau masalah gastrik biasanya tidak berkaitan dengan aktiviti fizikal.
Buat janji temu di Hospital Pantai
Pasukan profesional penjagaan kesihatan yang prihatin dan pelbagai disiplin sedia untuk berunding dan memberikan penjagaan yang terbaik.
Hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan Gastroenterologi dan Kardiologi di Hospital Pantai berdekatan anda.
Hospital Pantai Malaysia diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) atas komitmennya terhadap keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan.