EBUS: Sinar Cahaya untuk Pesakit Kanser Paru-paru

Diterbitkan pada: 28/08/2024

1. Adakah kanser paru-paru lebih biasa terjadi di kalangan orang tua?

Ini adalah tanggapan yang salah. Kes kanser paru-paru pada zaman sekarang tidak lagi terhad kepada umur, merokok atau tidak, bangsa atau jantina; adalah menjadi biasa untuk melihat kes di kumpulan umur muda, di mana pesakit termuda hanya berumur 15 tahun.


Dr Sangeta Vadivelu, Pakar Perubatan Pernafasan (Pakar Paru-paru)

2. Apakah punca kanser paru-paru?

Puncanya banyak, antaranya mutasi genetik, faktor persekitaran, pemakanan. Contohnya, asap dapur, mikroplastik (zarah plastik saiz kurang daripada 5 milimeter), asbestos, habuk silika, zarah pencemaran udara, dll; apabila zarah karsinogenik ini disedut, ia boleh menyebabkan halangan atau kecederaan paru-paru (kecederaan penyedutan) dan merangsang pertumbuhan sel tidak normal yang akan menyebabkan penyakit paru-paru malahan kanser paru-paru di jangka masa panjang.

3. Apakah gejala-gejala kanser paru-paru?

Gejala awal termasuk batuk, hemoptisis (batuk darah), keletihan, demam, penurunan berat badan tanpa sebab, kurang selera makan, ketulan di dada atau leher, dan gejala-gejala lain seperti rasa kurang selesa.

4. Bagaimana pula dengan diagnosis dan rawatan?

Kita boleh melakukannya secara klinikal berdasarkan gejala yang ada. Untuk diagnosis pengesahan, sampel tisu akan diambil dari paru-paru melalui biopsi dan dihantarkan ke makmal untuk pemeriksaan histopatologi (HPE). Biopsi boleh mengesahkan kanser dan menentukan peringkatnya, selain mengetahui gred kanser seperti betapa agresifnya dan tempat asal di mana kanser itu bermula.

Imbasan tomografi berkomputer (imbasan CT) juga boleh dilakukan sebelum biopsi untuk mengesahkan lokasi tumor. Selepas itu, kita boleh melakukan biopsi paru-paru transbronkial berpandukan bronkoskopi endobronkial ultrasound (EBUS).

Rawatan untuk kanser paru-paru bergantung pada peringkatnya. Jika dikesan lebih awal, pesakit boleh sembuh dengan rawatan pembedahan. Bagi kanser pada peringkat lanjut di mana ia telah merebak ke otak, tulang atau organ yang jauh, rawatannya lebih kepada rawatan paliatif.

5. Mengenai Endobronchial ultrasound (EBUS)

EBUS ialah teknologi baharu yang menggabungkan bronkoskop dengan probe ultrasound endoskopik. Ia boleh memberi diagnosis tentang pelbagai jenis penyakit paru-paru seperti keradangan, jangkitan paru-paru atau kanser. Prosedur ini dilakukan oleh Pakar Perubatan Pernafasan (Pakar Paru-paru) di mana bronkoskopi EBUS dilakukan dengan memasukkan tiub fleksibel melalui lubang hidung ke dalam trakea dan paru-paru.


Dr Sangeta dan ahli pasukan endoskopi.

EBUS melengkapkan bronkoskopi tradisional di mana teknologi EBUS mendiagnosis dan kenalpasti tahap peringkat penyakit paru-paru, terutamanya kanser paru-paru. Ia menawarkan visualisasi yang lebih baik. Probe ultrasound yang dipasang pada bronkoskop menyediakan imej masa nyata di saluran pernafasan dan struktur sekeliling, termasuk nodus limfa. Ia dapat mengesan keabnormalan dengan lebih tepat. EBUS meningkatkan ketepatan diagnostic - dengan mengesan nodul dan lesi kecil yang mungkin terlepas dengan bronkoskopi tradisional, dan ia juga merupakan pendekatan yang kurang invasif berbanding bronkoskopi tradisional. Walau bagaimanapun, pilihan antara kedua-dua prosedur akan bergantung kepada situasi klinikal tertentu dan keperluan pesakit.

Faedah Utama Ultrasound Endobronchial Paru-paru (EBUS)

✅Teknologi invasif minima, tidak memerlukan bius am, boleh dilakukan di bawah bius setempat atau sedasi.

✅Pemulihan cepat. Pesakit boleh discaj dalam masa 1-2 hari jika keadaannya baik.

✅Dapat mengesan kanser pada peringkat awal kerana lokasi lesi yang sangat tepat dengan bantuan pengimejan ultrasound resolusi tinggi.

✅Mengurangkan risiko pendarahan dan pneumothorax.

Perkhidmatan EBUS kini ditawarkan di Pantai Hospital Sungai Petani. Hubungi kami sekarang!

KKLIU 2863 / EXP 31.12.2026


Related Doctors
Dr Sangeta A/P Vadivelu
Perubatan Dalaman,Perubatan Pernafasan
Pantai Hospital Sungai Petani Resident
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!
aad blue heart