Jabatan Kemalangan & Kecemasan Hospital Pantai Sungai Petani dibuka 24 jam sehari dan berkeupayaan untuk merawat sebarang kecederaan atau kecemasan perubatan, 24 jam sehari, setiap hari. Pasukan doktor dan jururawat di jabatan A&E telah dilatih secara khusus untuk menguruskan situasi kecemasan. Mereka akan menilaikan situasi tersebut menggunakan klasifikasi, iaitu proses mengkelaskan atau mengkategorikan pesakit menurut keterukan keadaan klinikal mereka. Kes-kes paling teruk dengan keadaan yang mengancam nyawa akan diutamakan, sementara kes-kes lain mungkin perlu menunggu selama15 - 30 minit, bergantung pada bilangan pesakit yang ada di A&E.
Selain doktor dan jururawat kecemasan yang akan menilaikan dan menguruskan kes anda, ada juga doktor pakar dan pakar bedah berbilang disiplin yang turut bersedia untuk mengendalikan keadaan perubatan yang rumit.
Sistem klasifikasi mengkelaskan pesakit menurut kategori supaya mereka yang perlukan perubatan segera dapat dirawat lebih awal. Penilaian ini akan dibuat berdasarkan keadaan sejarah, fizikal dan tanda-tanda vital (contohnya, tahap kesedaran, tekanan darah, pernafasan, suhu, ketepuan oksigen, paras gula) setibanya mereka di unit kecemasan
Gambaran keseluruhan bagi tiga kategori sistem keakutan klasifikasi; Ada 3 Zon di ED, iaitu Merah, Kuning dan Hijau. Merah akan segera diperiksa, kuning dalam 15 minit dan hijau dalam 90 minit.
Mengancam nyawa atau anggota
Berterusan
Pegun kardiopulmonari, gangguan pernafasan teruk, cedera bakar parah, trauma berat, pendarahan banyak tidak terkawal, status epileptikus, tidak sedarkan diri.
Perlu segera dijaga, tetapi tidak akan menyebabkan kehilangan nyawa atau anggota jika tidak dirawat selama beberapa jam.
Setiap 30 minit
Sakit abdomen, sakit dada bukan kerana jantung, berbilang fraktur, pelecetan, kalkuli ginjal
Perlukan rawatan tetapi masa bukan faktor kritikal
Setiap 1-2 jam
Ruam, sakit kepala kronik, seliuh, hidung berair
PAKAR |
Medical Officer
BAHASA PERTUTURAN |
English, Malay, Hokkien, Mandarin
PAKAR |
Medical Officer
BAHASA PERTUTURAN |
English, Malay, Tamil
PAKAR |
Medical Officer
BAHASA PERTUTURAN |
English, Malay
PAKAR |
Medical Officer
BAHASA PERTUTURAN |
English, Malay, Hokkien, Mandarin
PAKAR |
Medical Officer
BAHASA PERTUTURAN |
English, Malay
PAKAR |
Medical Officer
BAHASA PERTUTURAN |
English, Malay, Tamil