Kehamilan menandakan permulaan perjalanan yang akan membawa kepada pelbagai perubahan hidup bagi seorang ibu dan juga bayinya. Jika anda sedang menantikan ketibaan bayi anda, inilah masanya untuk mengenali tanda-tanda supaya anda bersedia untuk menghadapinya.
Berikut adalah beberapa tanda yang menunjukkan yang si ibu sudah hampir masa bersalin:
Penurunan perut (“lightening”) atau sensasi seolah bayi sedang menurun lebih rendah ke dalam kawasan pelvis boleh mendatangkan kelegaan kerana tekanan yang diletakkan pada diafragma mula berkurang dan penafasan menjadi lebih mudah. Walau bagaimanapun, ia juga boleh menyebabkan peningkatan tekanan pada pundi kencing dan kekerapan lawatan ke bilik air. Anda mungkin tidak menyedari perubahan fizikal, tetapi individu-individu terdekat yang memerhati anda mungkin akan perasan bahawa perut anda kelihatan lebih rendah.
Semasa hamil, penutupan lendir yang padat berfungsi sebagai penghadang di pembukaan rahim untuk melindungi serviks daripada bakteria. Apabila serviks mula melembut dan menipis dalam persediaan untuk bersalin, penutupan ini akan keluar secara semulajadi.
Orang umum mungkin menyangka penutupan ini menyerupai sebuah sempadan, tetapi sebenarnya ia menyerupai lendir “discharge” yang dikenali sebagai ‘show.’ Warna “show” ini boleh berbeza daripada individu ke individu, dari jernih ke merah jambu atau seakan berdarah, dan penyingkirannya boleh berlaku didalam lingkungan masa beberapa minit, jam, bahkan harian sebelum proses bersalin bermula. Bukan semua wanita akan menyedari kejadian ini semasa ia berlaku.
Anda mungkin mengalami “kontraksi palsu” semasa mengandung, terutamanya apabila tarikh bersalin semakin dekat. Kontraksi ini dikenali sebagai kontraksi Braxton Hicks. Kontraksi ini mungkin tidak selesa, tetapi biasanya ia tidak menyakitkan. Tempoh Braxton Hicks tidak teratur, tidak dapat diramalkan, dan dirasakan sebagai perasaan mengetat atau memampat di perut tanpa menyebabkan kesakitan yang ketara.
Kontraksi Braxton Hicks biasanya singkat, kurang kerap, dan kekerapan atau intensitinya tidak meningkat. Kontraksi ini biasanya disalah anggap sebagai persalinan sebenar dan boleh berlaku dalam minggu-minggu menjelang tarikh bersalin anda.
Semasa persalinan, tempoh kontraksi biasanya lebih lama, sengit, dan kerap. Apabila kontraksi persalinan berlaku, otot rahim akan mengetat lalu menyebabkan peningkatan kesakitan. Anda boleh merasa perut anda mengetat apabila otot berkontraksi jika anda meletakkan tangan di atas perut anda. Kesakitan anda akan berkurang apabila otot perut anda relaks secara beransur-ansur.
Sesetengah wanita mengalami sakit belakang atau pinggang yang berterusan apabila mendekati tarikh bersalin.
Hanya kira-kira 1 daripada 10 wanita mengalami pancutan cecair amnion apabila air ketuban mereka pecah. Kantung amnion adalah kantung yang diisi dengan cecair di mana bayi anda berkembang dan membesar, dan biasanya akan pecah apabila tiba masanya untuk bayi anda dilahirkan. Cecair amnion akan mengalir keluar melalui faraj anda dan inilah yang dinamakan kejadian air ketuban pecah.
Serviks anda mungkin terbuka (‘dilate’)) dan menipis (‘efface’) semasa persalinan semakin hamper. Perubahan ini boleh dikesan semasa pemeriksaan pelvis.
Sepanjang kehamilan anda, anda mungkin telah menahan diri daripada tidur siang, jadi anda boleh dikatakan mungkin sudah biasa dengan gejala ini. Akan tiba satu hari di mana anda akan bangun dan merasa sangat bertenaga dan segar. Anda mungkin akan mengalami peningkatan tenaga dan perasaan ingin membersihkan, mengatur atau menyediakan rumah anda untuk menyambut kedatangan bayi anda.
Sesetengah wanita menggambarkan kontraksi sebagai sakit datang bulan yang sengit. Apabila proses persalinan berlangsung, kontraksi anda biasanya akan menjadi lebih lama, sengit, dan lebih kerap. Otot rahim anda akan mengetat, dan kesakitan bertambah sengit semasa mengalami kontraksi. Anda boleh merasa perut anda mengetat apabila otot berkontraksi dengan meletakkan tangan anda di atas perut anda.
Apabila otot rahim relaks, kesakitan akan berkurang, dan perut anda kembali reda secara beransur-ansur. Kontraksi ini akan mendorong bayi anda ke bawah sambil membuka serviks bagi menyediakan laluan kepada bayi anda untuk kelahiran. Kontraksi anda akan mengikuti corak yang teratur yang berlaku setiap 5 minit.
Berikut adalah perkara yang boleh anda lakukan pada peringkat awal bersalin:
Mengenali tanda-tanda bersalin dengal awal adalah penting untuk persediaan fizikal dan juga mental. Pemahaman dan kesedaran pasangan anda tentang tanda-tanda ini boleh membantu dalam banyak aspek.
Hubungi kami untuk menempah temu janji dengan pasukan pakar perbidanan kami hari ini, atau mengetahui lebih lanjut mengenai Perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi kami di Hospital Pantai terdekat anda.
Hospital Pantai telah diakreditasi oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) atas komitmennya terhadap keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan.