Kemudahan makmal kami, yang disokong Pantai Premier Pathology, digunakan untuk ujian makmal klinikal, histopatologi, dan genetik kami. Terletak dalam hospital ini sendiri, makmal ini diurus sepasukan 20 kakitangan yang mengkhusus dalam bidang biokimia, hematologi, imunologi, mikrobiologi, sitologi, histologi, dan genetik. Pasukan pakar patologi dan teknologi kami yang berdedikasi bekerjasama rapat dengan klinisian kami bagi menyediakan keputusan yang tepat dan menepati masa.