Cari maklumat tentang kemasukan, kebenaran keluar, apa yang perlu dibawa untuk pendaftaran kemasukan, waktu melawat, dan nasihat susulan.
Kemasukan
Kaunter kemasukan terletak di lobi hospital di tingkat 1
Dibuka 24 jam setiap hari
Pendaftaran pesakit dalam: Sila beri kad pengenalan/MyKad/pasport dan kad perubatan anda (jika ada) di kaunter pendaftaran
Pendaftaran Kelahiran
Semua kelahiran mesti didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara
Selepas pendaftaran dibuat, bayi baru lahir itu akan diberikan sijil kelahiran. Pendaftaran kelahiran biasa merujuk kepada pendaftaran yang dibuat dalam masa 14 hari selepas kelahiran bayi dalam Malaysia
Sila Bawa:
Salinan asal dan salinan fotokopi kad pengenalan/permit kemasukan/pasport ibu dan bapa
Salinan asal dan salinan fotokopi sijil kelahiran ibu dan bapa
Borang JPN.LM01 yang siap diisi
Pemberitahuan kelahiran hidup yang dikeluarkan hospital
Kad pranatal/buku untuk pemeriksaan kehamilan
Prosedur Kebenaran Keluar
Waktu dibenarkan keluar adalah 1 tengah hari
Kadar bilik separuh hari dikenakan untuk kebenaran keluar antara pukul 1 tengah hari – 5 petang
Sila ambil maklum proses penyediaan bil dan proses kebenaran keluar akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 jam untuk pesakit yang membayar tunai, dan sehingga 4 jam untuk pesakit yang membayar dengan insuran
Pembayaran boleh dibuat di kaunter juruwang yang terletak di setiap tingkat
Anda mesti melunaskan bil hospital sepenuhnya sebelum dibenarkan keluar. Jika jumlah deposit anda melebihi caj hospital anda, pulangan wang anda akan diproses selepas kami menerima surat jaminan yang diperakui daripada penyedia insuran anda. Untuk pembayaran sendiri, pulangan wang anda akan diproses selepas bil dimuktamadkan.
Thank you for the enquiry. Your enquiry has been submitted.
Your submission fail. Please contact web administrator.
* Dengan menyerahkan borang di atas, anda bersetuju menerima terma penggunaan, dan dasar privasi Pantai Hospital dan berkaitan dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, dan bersetuju dengan penggunaan data peribadi anda yang diberikan di atas untuk memproses tindakan susulan untuk menyediakan pengalaman pesakit yang lancar.
Why not book your appointment through the MyHealth360 app?
Download the app now for easy access to quality care anytime, anywhere.