Jabatan Kemalangan & Kecemasan Hospital Pantai Batu Pahat dibuka 24 jam sehari dan berkeupayaan untuk merawat sebarang kecederaan atau kecemasan perubatan, siang dan malam, setiap hari. Di A&E, pasukan doktor dan jururawat kami telah dilatih secara khusus untuk menguruskan situasi kecemasan. Mereka akan segera menilaikan situasi menggunakan kaedah klasifikasi. Kes-kes paling teruk dengan keadaan yang mengancam nyawa akan diutamakan, sementara kes-kes lain mungkin perlu menunggu selama 30 minit, bergantung pada bilangan pesakit yang ada di A&E.
Selain pakar kecemasan yang akan menilaikan dan menguruskan kes anda, ada juga doktor pakar dan pakar bedah berbilang disiplin yang turut bersedia untuk mengendalikan keadaan perubatan yang rumit.
Sistem klasifikasi mengkelaskan pesakit menurut kategori supaya mereka yang perlukan perubatan segera dapat dibantu lebih awal. Penilaian akan dibuat menurut tahap kesakitan pesakit setibanya mereka di unit kecemasan.
Gambaran keseluruhan bagi tiga kategori sistem keakutan klasifikasi;
Mengancam nyawa atau anggota
Berterusan
Pegun kardiopulmonari, gangguan pernafasan teruk, cedera bakar parah, trauma berat, pendarahan banyak tidak terkawal, koma, status epil…
Perlu segera dijaga, tetapi tidak akan menyebabkan kehilangan nyawa atau anggota jika tidak dirawat selama beberapa jam.
Setiap 30 minit
Sakit abdomen, sakit dada bukan kerana jantung, berbilang fraktur, pelecetan, kalkuli ginjal
Dan rawatan, tetapi masa bukan faktor kritikal
Setiap 1-2 jam
Simptom-simptom ruam, sakit kepala kronik, seliuh, selsema
Dr. Amirul Rasyiddin Bin Aminuddin
PAKAR |
Medical Officer
BAHASA PERTUTURAN |
English, Malay
Dr Teo Hui Yang
PAKAR |
Medical Officer
BAHASA PERTUTURAN |
English, Malay, Chinese
Dr. Wendy Ter Zi Wei
PAKAR |
Medical Officer
BAHASA PERTUTURAN |
English, Malay, Chinese
Dr Ahmad Fadhli Zaki Bin Shuparni@Arif
PAKAR |
Medical Officer
BAHASA PERTUTURAN |
English, Malay