Unit Renal Pantai kami menyediakan rawatan komprehensif oleh satu pasukan pelbagai bidang yang terdiri daripada pakar runding, pakar nefrologi, jururawat pascaasas, pakar pemakanan dan anggota profesional paramedikal lain.
Pusat kami mematuhi kepiawaian KKM dan dilengkapi teknologi moden dalam rawatan buah pinggang bagi memperoleh hasil klinikal yang baik untuk pesakit kami dalam persekitaran yang selamat dan selesa.