Unit Jagaan Kritikal mempunyai nisbah kakitangan kepada pesakit yang rendah, lalu membolehkan kakitangan jagaan kesihatan untuk memantau pesakit dengan lebih rapi. Ia juga dilengkapi dengan sokongan pernafasan kompleks untuk pesakit tenat.
ICU kami disediakan untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak. Data tanda vital pesakit dipantau sepanjang masa oleh jururawat yang terlatih. ICU ditempatkan berdekatan dengan bilik bedah agar pesakit dapat menerima rawatan kecemasan yang secepat mungkin.
HDU merupakan unit jagaan progresif dan pertengahan bagi pesakit yang memerlukan tahap pemantauan, rawatan dan penjagaan kejururawatan yang lebih tinggi daripada apa yang disediakan di wad umum.
Updated: April 2022