Surgeri Invasif Minimum adalah surgeri yang dijalankan melalui insisi kecil untuk mengurangkan trauma, kesakitan, dan risiko jangkitan bagi pesakit. Ia biasanya adalah lebih selamat, dengan komplikasi yang setara dengan prosedur sama yang tradisional, dengan potongan terbuka yang besar. Pakar bedah menggunakan alat dan teknik khusus untuk membuat insisi lebih kecil bagi membantu mencepatkan dan menyelesakan proses pemulihan. Surgeri invasif minimum yang turut dipanggil surgeri lubang kunci, menggunakan alat laparoskopik (instrumen surgeri dengan tiub dan kamera kecil) atau alat endoskopik (peranti pengimejan perubatan yang dimasukkan terus ke dalam organ).
Angioplasti Koronari Translumen Perkutaneus (PTCA) membuka arteri untuk membenarkan darah mengalir secara normal. Pesakit diberikan sedatif sebelum insisi dibuat, biasanya di bahagian groin, untuk memasukkan tiub halus dengan belon di hujungnya, ke tapak yang tersumbat. Di tapak itu, ahli kardiologi akan mengembungkan dan mengempiskan belon untuk memampatkan plak pada dinding, dan membuka sumbatan.
Jikalau belon tidak cukup kembung, jaringan logam yang dipanggil sten, akan diletakkan dalam arteri untuk mengekalkan peredaran darah. Prosedur ini dinamakan Intervensi Koronari Perkutaneus (PCI).
Surgeri sinus endoskopik fungsional (FESS) dijalankan untuk merawat sinusitis berjangkit akut atau kronik dengan membuang sebarang jangkitan supaya sinus boleh berfungsi secara normal. Pakar Telinga, Hidung, Tekak (ENT) akan memasukkan endoskop ke dalam lubang hidung untuk memeriksa sinus. Di mana sesuai, alat-alat lain akan digunakan untuk mengeluarkan jangkitan dan memulihkan pengudaraan antara hidung dan sinus-sinus. Sebelum FESS, pakar perubatan mungkin membuat imbasan CT bagi menilaikan keadaan dan kesesuaian anda untuk menjalani surgeri.
Surgeri endolarinks adalah surgeri endoskopik bagi merawat kanser larinks dan luka benigna pada larinks. Sesetengah luka trakea boleh dirawat dengan memasukkan bronkoskop atau trakeoskop.
Pakar bedah akan memasukkan larigoskop yang membolehkan larinks dilihat, termasuk korda vokal. Tiada insisi akan dibuat pada mulut atau leher. Luka kecil termasuk kanser boleh dibuang menggunakan laser atau menggunakan instrumen halus yang panjang dan mikroskop pembedahan. Kaedah ini membolehkan surgeri dilihat dengan baik dan dijalankan dengan tepat, dan pemulihan juga adalah lebih pantas.
Surgeri invasif minimum torasik digunakan dalam rawatan kanser paru-paru (atau esofagus) dan untuk surgeri pada tiroid, larinks dan trakea.
Pakar bedah akan memasukkan alat halus yang panjang melalui insisi kecil untuk membedah di dalam badan pesakit. Kecederaan pada kerongkong, dada atau dinding abdomen turut berkurangan berbanding pembedahan terbuka. Prosedur surgeri invasif minimum torasik ini sering dirujuk sebagai torakoskopi atau surgeri torasik dibantu video (VATS).
Surgeri invasif minimum untuk merawat sindrom terowong karpus dengan memotong ligamen di sekeliling terowong karpus untuk melegakan tekanan pada saraf median dan mengurangkan simptom-simptom. Pakar bedah akan membuat dua potongan 1 cm pada pergelangan tangan dan lengan bagi memasukkan tiub dengan kamera di hujungnya untuk melihat anatomi.
Surgeri histerektomi laparoskopik dijalankan untuk membuang uterus wanita. Insisi kecil dibuat di dalam pusat dan laparoskop dimasukkan. Dua atau tiga insisi lain akan dibuat untuk memasukkan instrumen khusus. Pakar bedah akan menggunakan imej-imej yang diterima untuk menavigasi di dalam abdomen bawah, dan menanggalkan uterus daripada tisu-tisu di sekelilingnya.
Surgeri invasif minimum pada spina dijalankan bagi menstabilkan tulang vertebra dan sendi spina dan/atau melegakan tekanan pada saraf spina yang disebabkan penyakit hernia cakera, skoliosis atau tumor spina. Bagi prosedur ini, insisi kecil akan dibuat di belakang.
Pakar bedah akan menggunakan pengimejan X-ray untuk mengesan vertebra yang berpenyakit. Pelbagai alat (dilator dan retraktor tiub) akan digunakan untuk mencapai vertebra tersebut. Cakera yang rosak akan digantikan dengan implan graf tulang untuk menjajar semula tulang vertebra dan melegakan tekanan pada akar saraf.
Pembaharuan dalam teknologi surgeri spina kini membolehkan pakar bedah menjalankan surgeri invasif minimum untuk merawat penyakit belakang dan leher. Memandangkan insisi adalah lebih kecil dan kurang mengganggu tisu normal, kesakitan selepas surgeri turut berkurangan dan pemulihan pesakit bertambah pantas. Manfaat lain adalah pesakit kurang kehilangan darah, kurang risiko jangkitan, kurang parut dan hasil kosmetik yang lebih baik.
Prosedur invasif minimum dijalankan menggunakan instrumen khas yang memperbaiki penglihatan bagi mencapai tisu yang disasarkan. Pakar bedah mungkin akan menggunakan retraktor tubular, endoskop, toroskop atau instrumen akses lateral terus.
Prosedur invasif minimum boleh dijalankan bagi:
Hepatektomi separa laparoskopik dijalankan untuk membuang sebahagian hati yang mempunyai ketulan hati benigna atau berkanser. Bergantung pada bilangan dan lokasi luka, sebanyak tiga hingga tujuh insisi kecil akan dibuat pada abdomen untuk memasukkan instrumen dan laparoskop.
Pakar bedah akan menggunakan imej-imej daripada laparoskop untuk memandunya dalam menanggalkan ketulan hati tersebut daripada tisu di sekelilingnya.
Prosedur apendektomi laparoskopik menggunakan alat-alat surgeri laparoskopik untuk membuang apendiks yang dijangkiti melalui beberapa insisi kecil, dan bukannya 1 insisi besar dalam dinding abdomen. Pakar bedah melihat imej-imej organ dalaman pada monitor televisyen sambil menjalankan prosedur.
Prosedur kolesistektomi laparoskopik dilakukan melalui beberapa insisi kecil, dan menggunakan kamera kecil dan alat-alat surgeri khusus untuk membuang pundi hempedu dengan masalah batu hempedu.
Surgeri hernia laparoskopik dijalankan untuk merawat hernia menggunakan alat-alat surgeri seperti tiub, kamera dan sumber cahaya. Alat-alat ini dimasukkan ke dalam insisi kecil untuk menarik balik hernia kepada kedudukannya.
Surgeri kolorektum laparoskopik adalah sama seperti surgeri abdomen terbuka konvensional kecuali ia menggunakan potongan lebih kecil dalam dinding abdomen. Potongan kecil akan dibuat, biasanya di pusat, untuk meluaskan abdomen menggunakan karbon dioksida.
Laparoskop dimasukkan untuk menghantarkan imej ke monitor supaya pakar bedah boleh melihat di dalam abdomen. Beberapa insisi lebih kecil akan dibuat untuk memuatkan instrumen lain yang diperlukan oleh prosedur.
Nefrektomi laparoskopik dijalankan untuk membuang buah pinggang yang berpenyakit atau berkanser. Surgeri ini memerlukan tiga insisi kecil dibuat di dalam abdomen. Alat laparoskop berserta beberapa instrumen kecil dimasukkan ke dalam insisi ini untuk membantu pakar bedah melihat dan memotong buah pinggang. Buah pinggang akan dibuang melalui salah satu insisi.
Berbanding surgeri terbuka konvensional, surgeri laparoskopik menawarkan banyak manfaat, termasuk:
Surgeri invasif minimum telah meningkatkan standard rawatan bagi pelbagai penyakit dalam pesakit kami.
Di Hospital Pantai Malaysia, kami menjalankan bilangan prosedur surgeri yang tinggi setiap tahun. Kami memilih penjagaan dan pendekatan surgeri invasif minimum sebagai pilihan untuk merawat berbilang penyakit. Pakar bedah kami menggunakan teknologi pengimejan berdefinisi tinggi dan instrumen persis untuk membedah melalui insisi yang amat kecil, bagi mencapai hasil yang lebih baik untuk pesakit kami.
Pakar bedah kami akan mengesyorkan kaedah rawatan yang paling berkesan bagi penyakit anda berdasarkan sejarah perubatan, gaya hidup, dan matlamat rawatan anda.
Jikalau anda atau orang yang tersayang mempunyai sebarang pertanyaan tentang prosedur atau perkhidmatan di hospital kami, sila hubungi pakar dan ahli penjagaan kesihatan profesional kami yang berbilang disiplin.
Ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan surgeri invasif minimum kami di Hospital Pantai yang terdekat.
*Senarai ini tidak menyenaraikan prosedur dan rawatan diagnostik kami yang lengkap. Maklumat yang diberikan adalah sekadar rujukan sahaja dan bukannya nasihat perubatan.
Sebelum menjalani sebarang rawatan, sila bertanya dengan pakar penjagaan kesihatan kami yang berkelayakan untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.