Apakah pembedahan membuang ovari (ooforektomi)?

Ovari ialah kelenjar pembiakan wanita yang menghasilkan telur dan hormon yang mengawal kitaran haid anda.

Pembedahan pembuangan ovari juga dikenali sebagai ooforektomi ialah prosedur pembedahan yang membuang satu atau kedua-dua ovari anda. Sebab yang paling biasa untuk ooforektomi adalah untuk merawat penyakit (contohnya sista ovari) atau mengurangkan risiko anda mendapat kanser ovari.

Adakah pembuangan ovari ialah pembedahan besar?

Bergantung pada tujuan dan jenis pembedahan. Sebagai contoh, jika ovari dikeluarkan kerana tumor yang besar, ia dianggap sebagai pembedahan besar.

Sebaliknya, jika ovari boleh dikeluarkan dengan kaedah invasif minimum dan hirisan kecil, maka ia tidak dianggap sebagai pembedahan besar.

Apakah jenis-jenis ooforektomi?

Terdapat pelbagai jenis ooforektomi termasuk: 

  • Ooforektomi unilateral: Pembuangan satu ovari.
  • Ooforektomi bilateral: Pembuangan kedua-dua ovari.
  • Salpingo-ooforektomi: Pembuangan satu ovari dan tiub fallopio.
  • Salpingo-ooforektomi bilateral (BSO): Pembuangan kedua-dua ovari dan tiub fallopio.
  • Histerektomi dengan salpingo-ooforektomi: Pembuangan rahim dengan satu ovari dan tiub fallopio.
  • Histerektomi abdomen dengan salpingo-ooforektomi dua hala bilateral (TAHBSO): Pembuangan rahim, serviks, kedua-dua tiub fallopio dan kedua-dua ovari secara serentak.

Mengapakah pembedahan pembuangan ovari diperlukan?

Pembedahan pembuangan ovari mungkin dilakukan atas beberapa sebab seperti:

  • Endometriosis (apabila tisu serupa dengan lapisan rahim tumbuh di luar badan).
  • Sista (ketumbuhan beningna, bukan kanser).
  • Pembedahan pencegahan untuk individu yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara dan kanser ovari.
  • Mutasi gen BRCA (keabnormalan genetik yang boleh membawa kepada perkembangan kanser payudara atau ovari).
  • Kanser ovari.
  • Kilasan ovari (berlaku apabila ovari terpusing di sekeliling bekalan darahnya, mengakibatkan kesakitan dan ketidakselesaan yang luar biasa).
  • Jangkitan pada ovari atau kawasan sekelilingnya (juga dikenali sebagai penyakit radang pelvis).

Apakah manfaat pembedahan pembuangan ovari?

Manfaat pembedahan pembuangan ovari termasuk:

  • Mampu merawat atau meminimumkan gejala penyakit.
  • Membantu mencegah kanser ovari pada individu berisiko tinggi yang tertentu (cth golongan yang mempunyai sejarah keluarga kanser ovari)./li>

Apakah potensi risiko pembedahan pembuangan ovari?

Antara potensi risiko pembedahan pembuangan ovari:

  • Jangkitan pada tapak pembedahan.
  • Kecederaan atau kerosakan pada struktur sekeliling, contohnya pundi kencing, usus atau saluran darah.
  • Pendarahan.
  • Tindak balas alahan terhadap anestesia dan peralatan atau bahan yang digunakan.
  • Kesakitan yang teruk.
  • Darah beku.
  • Kemandulan.

Bagaimanakah pembedahan pembuangan ovari dilakukan?

Pembedahan pembuangan ovari boleh dilakukan melalui prosedur berikut:

  • Laparoskopi: Pembedahan laparoskopi, juga dikenali sebagai pembedahan lubang kunci adalah pendekatan yang kurang invasif dengan pakar bedah menggunakan kamera kecil untuk memeriksa bahagian dalam perut anda. Beberapa hirisan kecil (potongan) pada kulit anda akan dibuat untuk membolehkan ovari anda dikeluarkan. Pemulihan daripada pembedahan laparoskopi biasanya lebih cepat dan risiko jangkitan lebih rendah.
  • Melalui faraj: Pembuangan ovari melalui faraj juga melibatkan risiko jangkitan yang lebih rendah dan pemulihan yang lebih cepat.
  • Laparotomi: Prosedur laparotomi melibatkan membuat hirisan yang lebih besar pada perut. Biasanya mempunyai masa pemulihan yang lebih lama dan kemungkinan komplikasi yang lebih tinggi berbanding kaedah lain.

Bagaimanakah saya perlu bersedia untuk pembedahan pembuangan ovari?

Berikut adalah persediaan yang boleh anda lakukan untuk bersiap sedia untuk pembedahan:

  • Semak prosedur dengan pakar bedah anda dan semak sebarang arahan untuk penjagaan sebelum dan selepas pembedahan.
  • Pastikan anda sedar tentang risiko yang berkaitan dengan pembedahan, jangka masa pemulihan yang dijangkakan dan cara prosedur dijalankan.
  • Jalani ujian berikut seperti yang diminta oleh pakar bedah anda seperti: 
    • Pemeriksaan fizikal.
    • Ujian darah dan air kencing.
    • Ujian pengimejan seperti yang dikehendaki oleh doktor anda.
  • Jika anda merokok, anda harus berhenti merokok sebelum pembedahan.

Apakah tempoh pemulihan selepas pembedahan pembuangan ovari?

Tempoh pemulihan selepas pembedahan pembuangan ovari bergantung kepada jenis pembedahan. Anda mungkin boleh meninggalkan hospital pada hari yang sama jika pakar bedah anda menjalankan pembedahan anda melalui laparoskopi atau melalui faraj. Jika anda menjalani laparotomi, anda berada lebih lama di hospital.

Secara umum, anda perlu berhenti melakukan aktiviti biasa anda selama sekurang-kurangnya dua minggu. Dalam kes prosedur laparotomi, mungkin mengambil masa sehingga beberapa minggu sebelum anda boleh kembali kepada rutin seperti biasa.

Atur janji temu di Hospital Pantai

Menjalani pembedahan pembuangan ovari boleh membuatkan anda berasa gentar, terutamanya jika anda masih mempertimbangkan untuk mempunyai anak atau bimbang tentang menopaus dan kanser.

Amat penting untuk berbincang dengan doktor jika anda bimbang tentang prosedur dan apa yang perlu dijangkakan selepas itu. Perbincangan ini boleh membantu mengurangkan kebimbangan dan menjelaskan perkara yang diharapkan semasa dan selepas pembedahan, terutamanya mengenai kesuburan, risiko kanser, risiko pembedahan dan sokongan emosi.

Pasukan pakar obstetrik dan ginekologi yang berdedikasi di Hospital Pantai disediakan untuk memberi rundingan bagi memberikan penjagaan dan bantuan yang terbaik. Hubungi kami untuk atur janji temu hari ini jika anda mempunyai sebarang kebimbangan atau soalan berkenaan ooforektomi.

Sila hubungi Pusat Saringan Kesihatan di Hospital Pantai yang terdekat dengan anda untuk janji temu saringan kesihatan.

Hospital Pantai telah diakreditasi oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) atas komitmennya terhadap keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan.

Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!