Apa itu kehamilan berisiko tinggi?

Sebarang kehamilan yang lebih berisiko untuk ibu, fetus, atau kedua-duanya dianggap sebagai "kehamilan berisiko tinggi". Wanita dengan kehamilan berisiko tinggi biasanya memerlukan penjagaan tambahan sebelum, semasa, dan selepas bersalin.

Apakah faktor-faktor risiko kehamilan berisiko tinggi?

Di bawah adalah faktor-faktor risiko kehamilan berisiko tinggi.

  1. Mempunyai penyakit sedia ada seperti diabetes, hipertensi (tekanan darah tinggi), penyakit tiroid, HIV/AIDS, dan gangguan darah.
  2. Mengalami masalah kesihatan khusus berkaitan kehamilan seperti diabetes gestasi, preeklampsia dan eklampsia, gestasi berbilang (hamil dengan kembar dua atau tiga), dan sejarah kelahiran pramasa.
  3. Pilihan gaya hidup juga dianggap sebagai faktor risiko. Seorang wanita hamil yang merokok, meminum alkohol, atau menggunakan dadah rekreasi boleh menjejaskan bayi. 
  4. Umur ibu juga merupakan faktor risiko. Kehamilan dalam wanita berumur lebih 35 tahun atau remaja dianggap berisiko tinggi.

Bagaimana cara untuk mengurangkan komplikasi kehamilan berisiko tinggi?

Jika anda mengalami kehamilan berisiko tinggi, ada langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan komplikasi kehamilan sambil menjaga kesejahteraan anak yang dikandung dan diri anda.

  1. Jadualkan lawatan sebelum hamil dengan doktor anda: Sebelum hamil, kunjungi penyedia penjagaan kesihatan anda untuk menangani sebarang masalah kesihatan yang sedia ada dan menyediakan pelan untuk kehamilan yang sihat.
  2. Ketahui seberapa banyak maklumat yang boleh tentang kehamilan berisiko tinggi: Didik diri anda tentang kehamilan berisiko tinggi, implikasinya, dan langkah berjaga-jaga yang diperlukan.
  3. Hadiri semua janji temu pranatal anda: Jalani pemeriksaan pranatal anda secara tetap supaya penyedia penjagaan kesihatan anda boleh mengawasi kehamilan anda dengan teliti dan segera menangani sebarang masalah.
  4. Kekalkan gaya hidup sihat: Cuba mengekalkan gaya hidup yang seimbang dan sihat. Capai kenaikan berat badan yang dicadangkan dan kekalkan keaktifan diri jika selamat untuk anda berbuat demikian.
  5. Minta sokongan daripada pasangan, keluarga, dan kawan-kawan anda: Dapatkan bantuan dan sokongan emosi daripada mereka yang tersayang dan utamakan kesejahteraan emosi anda.

Bolehkah kehamilan berisiko tinggi menjejaskan kelahiran?

Kehamilan berisiko tinggi boleh menyebabkan komplikasi semasa bersalin. Hospital adalah pilihan terbaik untuk bersalin kerana ia menyediakan peralatan dan kakitangan yang diperlukan untuk mengawasi proses dan menangani sesuatu komplikasi yang mungkin timbul.

Lagipun, jika anda menjangkakan kelahiran berbilang bayi, anda berkemungkinan lebih tinggi untuk bersalin awal, khususnya dalam kehamilan berisiko tinggi. Kelahiran pramasa adalah biasa dalam kehamilan berisiko tinggi dan boleh dicetuskan oleh faktor-faktor seperti cecair amnion yang berlebihan atau penyakit perubatan yang sedia ada.

Dalam sesetengah kes, bersalin melalui vagina mungkin berbahaya, dan memerlukan pembedahan caesarean. Anda dinasihatkan berbincang dengan doktor anda untuk memahami perkara yang akan berlaku semasa bersalin, menyediakan mental diri anda, dan mengetahui situasi-situasi yang mungkin berlaku.

Aturkan janji temu di Hospital Pantai

Setiap kehamilan adalah unik. Menjalani pemeriksaan pranatal secara kerap dan berkomunikasi secara terbuka dengan doktor anda adalah penting untuk memantau kesihatan anda dan menangani sebarang kebimbangan sepanjang kehamilan.

Pasukan pakar Obstetrik dan Ginekologi yang berdedikasi di Hospital Pantai sedia untuk berunding dan menyediakan penjagaan pesakit serta bantuan yang terbaik. Hubungi kami untuk menempah janji temu hari ini jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai diabetes gestasi semasa hamil.

Hospital Pantai telah diakreditasi oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) atas komitmennya terhadap keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan.

Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!