Penyakit Injap Jantung: Punca, Gejala dan Pencegahan
Apakah penyakit injap jantung?
Penyakit injap jantung berlaku apabila salah satu daripada empat injap jantung (trikuspid, mitral, pulmonari atau aorta) rosak.
- Injap trikuspid dan mitral bertanggungjawab untuk mengawal aliran darah antara jantung dan atrium
- Injap aorta menguruskan aliran darah antara jantung dan aorta
- Injap pulmonari mengawal aliran darah dari jantung ke paru-paru
Apakah punca penyakit injap jantung?
Penyakit injap jantung mungkin merupakan keadaan yang anda alami sejak lahir, tetapi dalam kebanyakan kes, ia terjadi apabila kemudian hari. Beberapa punca termasuk:
- Demam reumatik: Dalam kes yang tidak dirawat, jangkitan bakteria boleh mengakibatkan kerosakan injap
- Endokarditis bakteria: Disebabkan oleh bakteria yang memasuki aliran darah dan menetap di dalam lapisan jantung menyebabkan keradangan dan kerosakan teruk
- Serangan jantung: Melemahkan dan merosakkan otot yang bertanggungjawab mengawal injap jantung
- Masalah lain termasuk tumor dan lupus sistemik
Apakah simptom penyakit injap jantung?
Dalam sesetengah kes penyakit injap jantung, mungkin tiada gejala. Walau bagaimanapun, dalam kes-kes serius, penyakit injap jantung boleh membawa kesan buruk. Gejala yang paling kerap dilaporkan termasuk:
- Palpasi jantung/Denyutan jantung tidak teratur
- Kelesuan
- Bengkak kaki, buku lali, dan perut
- Pening atau pengsan
- Pertambahan berat badan yang cepat
- Demam
Apakah faktor risiko penyakit injap jantung?
- Penyakit jantung kongenital (sejak lahir)
- Jangkitan masa lalu dalam jantung atau bentuk penyakit jantung atau serangan jantung yang lalu
- Tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, kencing manis dan faktor risiko penyakit jantung yang lain
- Usia lanjut
Bagaimanakah penyakit injap jantung didiagnosis?
- Pemeriksaan fizikal
- Ekokardiogram
- Angiogram
- Sinar-x dada
- Elektrokardiogram (ECG)
- Pengimejan resonans magnetik jantung (MRI)
Apakah pilihan rawatan untuk penyakit injap jantung?
Rawatan adalah berdasarkan keterukan penyakit injap jantung anda. Jika sangat kecil, anda mungkin tidak memerlukan rawatan.
Pilihan rawatan termasuk:
- Ubat untuk melegakan bengkak, irama jantung yang tidak normal, tekanan darah tinggi dan simptom lain contohnya, diuretik (pil air), pencair darah dan antiaritmia
- Pembedahan injap jantung termasuk pembaikan injap jantung dan penggantian injap
Apakah petua pencegahan untuk penyakit injap jantung?
Kurangkan risiko anda dengan menjalani gaya hidup sihat. Ikuti tips mudah ini:
- Berhenti merokok
- Aktif secara fizikal
- Kekalkan berat badan yang sihat
- Amalkan pemakanan yang sihat
- Kurangkan penggunaan alkohol
- Urus tekanan anda
Rujukan
- Valvular heart disease. Available at https://www.cdc.gov/heartdisease/valvular_disease.htm#:~:text [Accessed on 29 April
2022]
- Valvular heart disease. Available at https://www.heartandstroke.ca/heart-disease/conditions/valvular-heart-disease [Accessed
on 29 April 2022]
- Heart valve disease. Available at https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-valve-disease/symptoms-causes/syc-20353727?p=1
[Accessed on 29 April 2022]