Kami memastikan penjagaan khusus bagi ibu yang mengandung dari awal proses kehamilan. Perkhidmatan bersalin di Hospital Pantai Manjung diketuai oleh kumpulan perunding Obstetrik & Ginekologi dan Pediatrik yang berkemahiran tinggi, berpengalaman, serta komited untuk menyediakan penjagaan pesakit yang selamat dan berkualiti.
Jururawat kami yang mesra, berpengalaman dan terlatih dalam penjagaan neonatal, perbidanan serta penyusuan, mampu menyediakan rawatan yang optimum bagi bayi baru lahir.
Dengan pakej bersalin Hospital Pantai Manjung, anda dipastikan menerima perkhidmatan yang berkualiti dan penjagaan yang berpengalaman dalam bidang Obstetrik & Ginekologi dan Pediatrik yang berikut:
Diagnosis pranatal |
Menguruskan kehamilan yang berisiko tinggi dan berisiko rendah |
Menguruskan hipertensi, diabetes dll. semasa hamil |
Bilik bersalin |
Kaunseling sebelum mengandung/ kaunseling sebelum hamil |
Pembedahan caesarean |
Ultrabunyi keabnormalan obstetrik |
Kelahiran bantuan peralatan |
Penjagaan rutin semasa mengandung / hamil |
Penjagaan awal kehamilan |
Ultrabunyi 3D / 4D |
Kehamilan berbilang atau kehamilan songsang |
Perkhidmatan Epidura |
Penjagaan Selepas Bersalin |
Harga pakej bersalin di Hospital Pantai Manjung bermula dari RM2,999.
Pakej-pakej termasuk:*Sila klik di sini untuk Terma & Syarat kami.