Hilang Pendengaran Sebelum Usia Tua

Published On: 05/12/2022

Gangguan pendengaran adalah masalah tersembunyi dan tidak dapat ditentukan hanya melalui pemerhatian fizikal. Ia boleh dikesan setelah menjalani beberapa ujian pendengaran. Pengetahuan mengenai telinga adalah penting untuk mengetahui lebih mendalam mengenai fungsinya dan masalah pendengaran yang dihadapi.

Tanda-tanda awal masalah pendengaran dalam kalangan orang muda termasuk telinga berdesing berterusan, perasaan telinga tersumbat dan tidak memahami percakapan orang lain di tempat yang bising.

Punca-punca awal kurang atau hilang pendengran boleh dibahagikan kepada congenital ataupun acqui­red. Untuk con­genital, ada sindrom tertentu yang melibatkan masalah pendengaran dalam kalangan remaja dan orang muda.

Ada juga masalah struktur dalam telinga menyebabkan kurang atau hilang pendengaran seperti large vestibular aqueduct.

Antaranya termasuk jangkitan kuman, gegendang berlubang, masalah hidung menyebabkan belakang gegendang berair, masalah cholesteatoma, penggunaan ubat-ubatan tertentu, serangan virus pada saraf dengar, trauma dan pendedahan kepada bunyi kuat seperti di tempat kerja, letupan dan penggunaan headphone berterusan.

Pembedahan untuk menampal gegendang, mengeluarkan air belakang gegendang dan pembedahan kes cholesteatoma berpeluang menambah pulih pendengaran. Tetapi, jika puncanya adalah masalah saraf, pesakit boleh menggunakan hearing aids untuk meningkatkan pendengaran.


Related Doctors
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!
aad blue heart