Pengenalan

Di Jabatan Pengimejan Pantai Hospital Laguna Merbok, kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pengimejan radiologi dan diagnostik melalui peralatan dan prosedur yang terkini. Misi kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan radiologi 24 jam yang pantas, cekap, dipercayai serta memberikan perkhidmatan pengimejan yang berkualiti tinggi kepada pesakit luar dan dalam.

Di PHLM, pasukan pengimejan kami terdiri daripada Pakar Radiologi dan kakitangan pengimejan berpengalaman menawarkan perkhidmatan pengimejan dan diagnostik yang terbaik kepada pesakit. Pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan termasuk radiografi am berkomputer, mamografi berkomputer, perkhidmatan pengimejan resonans magnetik (MRI), imbasan tomografi berkomputer (CT), perkhidmatan ultrasound dan prosedur berpandukan pengimejan intervensi bukan vaskular.

Kami tahu betapa berharganya masa pesakit kami, oleh itu kami berusaha untuk memastikan hasil keputusan prosedur radiologi yang tepat dan pantas.

Perkhidmatan termasuklah:

  • X- Ray - Radiografi Am dan Mudah Alih
  • Mamogram
  • CT Scan 80 hirisan
  • Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) 1.5 Tesla
  • Ultrasound
  • C-arms
  • Histerosalpingografi (HSG)

To make an appointment, please contact:

04-6396548 ( wellness centre)
Or email: [email protected]

Pakej & Promosi

Lihat Lagi

Our Specialists

Load More
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!