Reumatologi

Reumatologi adalah cabang perubatan khusus yang tertumpu pada penyakit reumatik yang menjejaskan sendi, tendon, tulang dan otot. Penyakit ini mengganggu fungsi sistem imun anda, yang mana akan mula menyerang tisu-tisu badan yang sihat.

Penyakit ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti genetik, jangkitan atau persekitaran (contohnya pencemaran, merokok) yang boleh menjejaskan sistem imun anda. Jika penyakit ini tidak diuruskan sewajarnya, ia boleh menjejaskan kualiti hidup penghidapnya dengan ketara.


Dirangka khas untuk penjagaan optimum

Bukan seperti pakar ortopedik, pakar reumatologi tidak melakukan pembedahan. Kepakaran mereka dalam penyakit reumatik terletak dalam bahagian bukan surgeri yang tertumpu pada berbagai jenis masalah dan penyakit keradangan.

Pesakit di Hospital Pantai Ipoh diuruskan oleh panel pakar yang terlatih tinggi. Mereka komited untuk menyediakan pesakit dengan penjagaan yang terbaik.

Kecemerlangan kualiti perkhidmatan bagi kemudahan kami diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH). Pengiktirafan ini meletakkan pusat kami sebagai salah satu penyedia penjagaan kesihatan reumatologi yang terbaik di negara ini.

Pasukan pakar kami telah menerima berbilang pengiktirafan dalam bidang reumatologi, di dalam dan di luar negara.

Kami bertekad untuk meringankan beban yang ditanggung oleh pesakit yang didiagnosis dengan masalah reumatik. Oleh itu, kami menyediakan perkhidmatan serta rawatan yang menyeluruh dan holistik bagi memperbaiki hidup mereka.


Kemudahan dan perkhidmatan

Pakar penjagaan kesihatan kami dilatih dalam berbagai subkepakaran reumatologi. Pakar-pakar profesional ini berpengalaman luas dalam merawat berbagai jenis penyakit termasuk osteoartritis, gout, artritis reumatoid, sakit belakang kronik dan lupus.

Antara pilihan rawatan yang disediakan di Hospital Pantai Ipoh adalah:

  • Penyakit berkaitan dengan sistem imun
  • Artritis
  • Sakit sendi
  • Osteoporosis
  • Osteoartritis
  • Gout

Kemudahan kami yang terkini boleh memeriksa ketumpatan mineral tulang untuk mengesan dengan awal, perubahan tulang yang ada kaitan dengan penyakit seperti osteoporosis. Proses ini dijalankan menggunakan teknologi dan peralatan perubatan seperti mesin imbasan densitometri X-ray dwitenaga (DEXA).

Ia tidak memerlukan penggunaan anestesia, suntikan pewarna, persediaan khas atau penanggalan pakaian. Jika perlu, imbasan terperinci bagi tisu yang berkaitan dengan fungsi reumatologi boleh dijalankan menggunakan mesin Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) yang terkini.


Menyediakan penyelesaian terbaik untuk anda

Hospital Pantai dikenali sebagai salah satu pusat penjagaan kesihatan terkemuka yang menawarkan rawatan pesakit yang terbaik.

Pilihan rawatan kami tidak dibataskan kepada masalah reumatologi sahaja. Rawatan dan pengurusan dalam semua bidang perubatan turut disediakan.

Kesemua pakar kami dilatih untuk bekerja rapat sesama mereka bagi memastikan penyampaian hasil klinikal yang terbaik, pada harga yang berpatutan.

Hubungi kami untuk menempah janji temu hari ini.

Pengkhukusan Kami

Muat lagi
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!