Neurosurgeri adalah cabang perubatan khusus yang meliputi pencegahan, diagnosis, pembedahan dan pemulihan penyakit berkenaan mana-mana bahagian sistem saraf termasuk:
Meskipun peranan ahli neurologi dan pakar neurosurgeri adalah berbeza, mereka sering bekerjasama untuk mencapai hasil yang optimum bagi prosedur tertentu.
Pakar neurosurgeri juga memiliki kepakaran dalam organ lain selain otak. Malahan, kebanyakan pakar profesional ini telah menjalankan lebih banyak pembedahan spina berbanding pembedahan otak sepanjang kerjaya perubatan mereka.
Penyakit sistem saraf adalah agak menggentarkan bagi penghidapnya kerana mereka biasanya akan mengalami sedikit ketidakupayaan neurologi. Namun, jika patologinya dapat dikesan awal, berbagai kaedah rawatan boleh dijalankan bagi menguruskan simptom-simptom.
Pesakit di Hospital Pantai Ipoh akan diuruskan oleh kumpulan ahli profesional yang terlatih tinggi, termasuk pakar neurosurgeri. Tekanan emosi yang dialami oleh pesakit pada waktu ini perlu diberikan perhatian khas, di mana kami akan memastikan mereka dibimbing melalui setiap langkah dalam proses pemulihan.
Kecemerlangan kualiti perkhidmatan hospital kami diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH). Pengiktirafan ini meletakkan kemudahan kami sebagai salah satu penyedia penjagaan kesihatan neurologi yang terbaik di negara ini.
Pakar bedah kami yang berpengalaman akan menyediakan penjagaan rapi dan menyarankan rawatan, serta menerangkan kesan sampingan yang mungkin berlaku dan pemulihan yang diperlukan. Pakar bedah ini akan dibantu oleh pasukan perubatan khusus yang lain seperti pakar radiologi, ahli farmasi, jururawat dan juruterapi fizikal.
Kumpulan pakar neurosurgeri kami juga berkemahiran dalam menguruskan berbagai penyakit neurologi yang memerlukan intervensi pembedahan, termasuk trauma. Pakar-pakar ini telah menerima berbilang pengiktirafan dalam bidang neurosurgeri, di dalam dan di luar negara.
Demi kebaikan pesakit, kami memastikan setiap kes yang diberikan kepada pakar-pakar kami akan diuruskan secara holistik. Pasukan pakar neurosurgeri kami bertekad untuk menyampaikan perkhidmatan yang dirangka khas untuk memastikan hasil yang terbaik, pada kos yang berpatutan.
Pakar-pakar kami boleh menjalankan prosedur berikut:
Kesemua prosedur ini akan dijalankan dengan sepenuh ketelitian, demi kebaikan setiap pesakit.
Intervensi yang tersenarai di atas akan diikuti oleh tempoh pemulihan, yang mana akan disediakan menurut keperluan perubatan yang disarankan oleh pakar profesional terlatih kami.
Jika anda ingin mendapatkan penjagaan perubatan bertaraf dunia pada kos yang berpatutan, hubungi kami untuk maklumat lanjut.