Unit Perawatan Kritikal di Hospital Pantai Ipoh

Unit Rawatan Rapi (ICU)

Unit Rawatan Rapi (ICU) kami mampu menampung keperluan pesakit dewasa dan pediatrik. Ia merupakan kemudahan yang amat khusus, dikhaskan untuk pesakit yang memerlukan pemantauan, penjagaan kejururawatan dan sokongan pernafasan rumit. ICU ini dikendalikan 24 jam sehari oleh pakar dan jururawat jagaan kritikal, pengamal jururawat, dan pakar perubatan yang bertauliah dan komited dalam menyediakan jagaan klinikal yang bertahap tinggi. Data tanda vital pesakit akan dihantar terus ke stesen kejururawatan pusat yang dikendalikan sepanjang masa oleh jururawat kami yang berkelayakan, supaya pasukan ICU kami dapat bertindak dengan pantas dan cekap terhadap apa-apa perubahan. ICU kami juga ditempatkan berdekatan dengan bilik bedah agar pesakit dapat menerima rawatan kecemasan yang secepat mungkin.


Unit Rawatan Separa Rapi (HDU)

Unit Rawatan Separa Rapi (HDU) merupakan wad bagi pesakit yang memerlukan tahap pemantauan yang lebih tinggi tetapi tidak memerlukan kemasukan ke unit rawatan rapi. Untuk mereka yang telah dipindahkan ke HDU daripada kemudahan rawatan rapi, pemindahan ini selalunya dilihat sebagai suatu kemajuan kerana ia bermaksud keadaan pesakit sedang beransur pulih.

Masa Lawatan

  • 12.30pm – 1.30pm
  • 5.30pm – 6.30pm
  • Maksimum 2 pelawat sahaja dibenarkan masuk pada satu masa
  • Maksimum 2 pelawat sahaja dibenarkan masuk pada satu masa Kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun tidak dinasihatkan untuk melawat
  • Kamera tidak dibenarkan dan telefon bimbit harus dimasukkan dalam mod senyap

To make an appointment, please contact:

04-6396548 ( wellness centre)
Or email: [email protected]

Pakej & Promosi

Our Specialists

Load More
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!