Pusat Hemodialisis di Hospital Pantai Ipoh

Ringkasan

Pusat Dialisis Puteri kami direka untuk memberikan pesakit persekitaran yang selesa sewaktu rawatan termasuklah 2 bilik VIP, bilik perbincangan dan rundingan, dan hiburan audiovisual serta ruang santai untuk pesakit serta sanak-saudara. Terletak di Tingkat 5 hospital kami, kami menyediakan rawatan untuk kegagalan ginjal akut dan kronik. Pusat kami dilengkapi 17 mesin, termasuk mesin yang dikhaskan untuk pesakit hepatitis B dan hepatitis C. Sistem pemprosesan semula berkomputer kami adalah automatik bagi memastikan kualiti kitaran semula darah ginjal buatan. Kami juga telah memasang sistem air osmosis berbalik moden kami sendiri untuk memastikan air yang digunakan adalah berkualiti tinggi. Semua pesakit akan menjalani saringan AIDS, VDRL, hepatitis B dan hepatitis C sebagai langkah keselamatan sebelum memproses permohonan rawatan mereka.

Butiran

Waktu Operasi:

  • Isnin - Sabtu : 7.00 pagi - 7.00 petang (termasuk cuti umum)
  • Tutup setiap hari Ahad

Pasukan sedia khidmat boleh dipanggil untuk kes kecemasan selepas waktu bekerja biasa.

Kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan atau lawatan ke pusat kami. Sila hubungi Pusat Dialisis Putri di talian +605-5405614 untuk membuat janji temu atau perbincangan lanjut.

To make an appointment, please contact:

04-6396548 ( wellness centre)
Or email: [email protected]

Pakej & Promosi

Lihat Lagi

Our Specialists

Load More
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!