Klinik Pakar Obstetrik & Ginekologi

OBGYN, atau Obstetrik/ginekologi (O&G) adalah bidang perubatan yang meliputi dua subkepakaran berasingan bagi obstetrik dan ginekologi. Subkepakaran bagi obstetrik merangkumi rawatan dan penjagaan wanita semasa hamil, melahirkan anak dan selepas bersalin. Ginekologi pula merujuk kepada penjagaan dan rawatan bagi masalah perubatan yang mengganggu sistem pembiakan wanita seperti vagina, uterus, ovari dan payudara.

Di Hospital Pantai Ampang, pakar obstetrik kami dilatih dalam perubatan ibu-fetus, perancangan keluarga, selain ketidaksuburan dan perubatan reproduktif. Pakar-pakar ini berkemampuan untuk menguruskan kelahiran secara normal dan komplikasi berkaitan kehamilan seperti pendarahan fetomaternal. Pendarahan fetomaternal merujuk kepada darah fetus yang memasuki peredaran ibu pada bila-bila masa sebelum dan semasa bersalin.

Pakar ginekologi kami berpengalaman luas dalam menguruskan penyakit uroginekologi yang rumit seperti:

  • Menjalankan kajian urodinamik untuk menilai keberkesanan pundi dan uretra dalam menyimpan dan mengeluarkan urin
  • Menjalankan sistoskopi diagnostik bagi mendiagnosis, memantau dan merawat penyakit yang menjejaskan pundi dan uretra
  • Menjalankan pembedahan untuk merawat inkontinens urinari
  • Menjalankan pembedahan pemulihan vagina untuk memperbaiki saiz, fungsi dan penampilan vagina, atau untuk melegakan sakit teruk yang dialami dalam genitalia wanita
  • Membaiki prolaps pada lantai pelvis anda

Nama Terkemuka dalam Penjagaan O&G

Kecemerlangan kualiti perkhidmatan kami diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH), yang mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan O&G yang terbaik di negara. Kemudahan rawatan kami menyediakan kaedah bersalin yang berlainan seperti bersalin secara normal, pembedahan Caesarean segmen bawah, serta bersalin menggunakan forsep dan vakum. Perkhidmatan lain termasuk rawatan bagi komplikasi kehamilan seperti endometriosis, previa plasenta, songsangan uterus, distosia bahu, pendarahan selepas bersalin dan keguguran berulang.

Selain itu, kemudahan kami turut menyediakan beberapa kaedah diagnostik dan rawatan yang berlainan untuk merawat penyakit ginekologi dan uroginekologi seperti:

  • Kecederaan sfinkter dubur
  • Polip serviks
  • Komplikasi awal kehamilan
  • Sistitis interstisial
  • Masalah haid
  • Sista ovari
  • Pendarahan sebelum dan selepas menopaus
  • Jangkitan hubungan jenis (STI)
  • Jangkitan saluran kencing
  • Fibroid uterus
  • Vaginismus

Kaedah diagnostik dan rawatan ini termasuk:

  • Histerektomi caesarean
  • Histerektomi diagnostik dan pembedahan
  • Prosedur ginekologi umum seperti menguruskan pendarahan uterus disfungsi
  • Saringan ginekologi dan vaksinasi
  • Terapi penggantian hormon
  • Pemasukan alat pencegah hamil
  • Sistektomi laparoskopik dan ovari terbuka
  • Prosedur laparoskopik
  • Marsupialisasi
  • Miomektomi
  • Histeroskopi pesakit luar
  • Saringan pap smear
  • Histerektomi vagina

Perkhidmatan Bersalin Berkualiti pada Harga Amat Berpatutan

Kami menawarkan pakej bersalin pada harga yang berpatutan, untuk para ibu yang ingin bersalin di hospital kami. Kos pakej sebanyak RM3,788.00 ini termasuk harga untuk katil bujang selama 3 hari, 2 malam selain:

  • Penginapan bilik bujang (tertakluk pada ketersediaan) dan akses ke bilik bersalin hospital
  • Hidangan berpantang akan disediakan di dapur kami yang mempunyai sijil Halal
  • Kaunseling menyusu bagi ibu
  • Vitamin K, vaksinasi hepatitis B dan BCG
  • Ujian darah untuk bayi
  • Penjagaan untuk bayi
  • Satu lawatan di rumah dalam tempoh 7 hari selepas bersalin (dalam lingkungan 20 km sahaja)
  • Saringan pendengaran bayi baru lahir
  • Pek hadiah bersalin

Pakej ini disediakan pada waktu pejabat dan di luar waktu pejabat, selain pada cuti awam, dan ia tertakluk pada pematuhan terma dan syarat yang termasuk:

  • Pakej bersalin ini disediakan oleh konsultan yang mengambil bahagian sahaja
  • Pakej bersalin ini disediakan untuk pesakit yang membuat pembayaran sendiri sahaja
  • Pakej bersalin ini adalah sah sehingga 31 Disember 2020 sahaja

Pakej bersalin ini mengecualikan perkara tertentu termasuk:

  • Semua yuran konsultasi dan yuran hospital yang ditanggung selepas tempoh yang telah ditetapkan
  • Sebarang ujian makmal, rawatan dan perubatan tambahan yang dipreskripsikan oleh doktor
  • Penjagaan sebelum & selepas bersalin semasa atau selepas tempoh yang telah ditetapkan
  • Prosedur bersalin secara pembedahan dan instrumen
  • Rawatan untuk komplikasi bersalin
  • Komplikasi neonatal yang memerlukan pengasingan neonatal atau Wad HDU dan pengawasan rapi

Untuk sebarang pertanyaan, sila telefon 03-4289 2828 atau WhatsApp kami di 016-398 2828.

Pengkhukusan Kami

Muat lagi
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!