Penjagaan Bersalin di Hospital Pantai Ampang

Penjagaan bersalin yang berkualiti

Kehamilan menandakan permulaan perjalanan yang menarik bagi ibu dan bapa, dan kami ingin menemani anda pada setiap langkah. Di Hospital Pantai Ampang, kami menghargai keistimewaan setiap pengalaman kelahiran. Jadi, kami berusaha untuk menyediakan penjagaan khusus yang terbaik bagi memenuhi keperluan anda.

Pasukan perunding, bidan dan jururawat kami adalah berpengalaman, dan mereka akan menemani anda sepanjang waktu untuk memastikan pandangan pertama antara anda dan bayi baru lahir anda menjadi saat manis yang tidak dapat dilupakan.

Dengan pakej bersalin Hospital Pantai Ampang, anda dipastikan menerima perkhidmatan yang berkualiti dan penjagaan yang berpengalaman dalam bidang Obstetrik & Ginekologi dan Pediatrik yang berikut:

Kemudahan dan Perkhidmatan Bersalin
Bilik bersalin
Perkhidmatan Hospital
Bilik kanak-kanak
Pakar bius ada disediakan untuk melegakan kesakitan semasa bersalin
Sokongan Semasa Mengandung
Selepas Bersalin
Panduan Menyusu

Pakej Bersalin Kami

Di Hospital Pantai Ampang, kami ingin memastikan anda menyambut kehadiran anak anda ke dunia ini dengan sepenuh ketenangan. Sebab itulah kemudahan pakej bersalin kami akan dikekalkan sepenuhnya meskipun selepas waktu pejabat dan pada cuti awam.

Biarkan kami menjaga anda supaya anda dapat menjaga bayi anda.

Pengkhukusan Kami

Muat lagi
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!